Allah redha bagi kamu 3 perkara...

on Wednesday, December 17, 2008

" Sesungguhnya Allah reda bagi kamu tiga perkara. Reda bahawa kamu beribadat kepada Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan Nya sesuatu pun, berpegang dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati sesiapa yang Allah berikan kuasa dalam urusanmu. "

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a

[SN] Al-Hadith : Antara Hidup Dan Mati

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda:

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda:

"Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Bersedekah Setiap Hari

Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Seribu Kebaikan Setiap Hari

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya:

"Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?"

Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.:
"Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?"

Beliau s.a.w. menjawab:
"Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Hanya Ketika Sujud

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sedekat-dekat seorang hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Ingin Mengerjakan Haji Bersama Rasulullah?

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji besertaku."

(Muttafaq 'alaih)

[SN] Al-Hadith : Penebus Dosa

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya:

"Solat lima waktu dan solat dari Jumaat satu ke Jumaat berikutnya, dari Ramadhan ke Ramadhan, adalah sebagai penebus (yakni penebus dosa) antara waktu-waktu kesemuanya itu (yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya), selama dosa-dosa besar dijauhi."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Solat di akhir malam

Daripada Aisyah r.a. pula bahawasanya

"Nabi s.a.w. tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat."

(Muttafaq 'alaih)

[SN] Al-Hadith : Bekas Air Perak

Daripada Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Orang yang minum dengan wadah atau bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya dengan api Neraka Jahanam.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Jangan Jadi Pencetus

Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:
Lelaki yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah lelaki yang suka mencetuskan perselisihan yang sengit.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : 7 Yang Disuruh dan 7 Yang Dilarang

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:

Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara.

Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Sutera Hanya Untuk Wanita

Daripada Sayidina Ali r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan pakaian bersulam lalu baginda mengirimkannya kepadaku. Akupun memakainya tetapi aku melihat kemurkaan di wajah baginda.

Baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukan untuk dipakai tetapi aku mengirimkannya supaya engkau jadikannya sebagai kain tudung wanita.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Bumi Memuntahkan Mayat

Daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab.

Anas berkata:
Ahli Kitab menyanjungnya.

Mereka berkata:
Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan mengebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan mengebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke permukaan. Mereka menggali dan mengebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Sunah Nasrani dan Yahudi

Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka.

Kami bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?

Baginda bersabda:
Kalau bukan mereka, siapa lagi?

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Dari Atas Ke Bawah

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Membantu Para Janda

Daripada Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda:
Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Setiap Masa ...

Daripada Aisyah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. itu berzikir kepada Allah dalam segala keadaannya."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Allah Merasa Bangga

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya:

"Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Orang-orang menjawab,
"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah."

Ia berkata lagi,
"Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?"

Mereka menjawab,
"Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali untuk itu."

Mu'awiyah lalu berkata:
"Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda,
"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Para sahabat menjawab,
"Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan kenikmatan Islam itu pada kita."

Beliau s.a.w. bersabda lagi,
"Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena itu?"

Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat - yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Subhanallah wa bihamdi

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi, seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi."

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Tips Elak Daripada Disengat

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya:

"Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam."

Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."


(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Segalanya Bermula Dengan Niat

Daripada Amiril Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya

"Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada akan yang ia inginkan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

[SN] Al-Hadith : Tentang Islam

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda:
Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Lalu baginda bersabda:
Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?

Baginda bersabda:
Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?

Rasulullah s.a.w bersabda:
Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Lelaki tersebut bertanya lagi:
Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya:
Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang.

Lantas Rasulullah s.a.w bersabda:
Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

[SN] Al-Hadith : Rukun Islam

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Ibnu Umar r.a. katanya,
"Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, dirikan Islam atas lima (rukun), syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

[SN] Al-Hadith : Contoh Ahli Syurga

Hadis Abu Hurairah r.a:
Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata:
Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu orang itu berkata:
Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.

Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda:
Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Syurga atau Neraka?

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:
Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Yang tengah-tengah

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya:
Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.

(Riwayat Muslim)

[SN] Al-Hadith : Adalah Nasihat

Daripada Abi Ruquyyah Tamim Bin Ausin Al-Dari r.a., bahawasanya nabi s.a.w. bersabda, "agama itu nasihat." Kami berkata, "bagi siapa?" Ia bersabda, "bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka."

(Riwayat Muslim)

* menurut Imam Nawawi, "agama itu nasihat bagi Allah" bermaksud beriman kepadaNya menurut pengertian yang sebenar.

[SN] Al-Hadith : Memerangi Manusia?

Daripada Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucapkan lailaha ilallah wa muhammadan rasullullah (Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhnya) dan mereka mendirikan sembahyang dan mengerluarkan zakat.

Maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripadaku; darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak Islam dan hisab mereka atas Allah Taa'la.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

* hadith ini bukan membawa maksud nabi memerangi semua orang kafir jika mereka tidak mahu bersyahadah, bersembahyang atau, berzakat. Menurut Imam Nawawi, ia ditujukan kepada para penyembah berhala yang memusuhi Islam secara terbuka.

* Di dalam banyak riwayat diceritakan Rasulullah memberi 3 pilihan ketika beliau menyampaikan dakwah kepada kerajaan Rom, Parsi dan lain-lain
1)Menerima Islam.
2)Membayar ufti.
3)Berperang.

Wallahu'alam.

[SN] Al-Hadith : Jangan Banyak Question!

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman Bin Sakhr r.a. katanya,
"Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, apa yang ku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya sedaya upaya kamu. Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu oleh kerana banyak pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

[SN] Al-Hadith : Lamanya Solat Nabi

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya pernah bersolat bersama Nabi s.a.w. pada malam hari, maka beliau berdiri lama, sehingga saya ingin melakukan sesuatu yang buruk." Lalu ditanya: "Apakah yang ingin engkau lakukan?" Dia menjawab, "Saya ingin duduk dan meninggalkan beliau s.a.w.(yakni berhenti bersolat)"

(Muttafaq 'alaih)

Kahwinilah wanita kerana...

on Monday, December 15, 2008

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Doa mohon petunjuk

on Thursday, November 20, 2008

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :

"Ya Allah, sekiranya perkara ini buruk untuk aku, agama ku dan kehidupanku, maka jauhilah ia daripadaku dan jauhkanlah aku darinya..."

Seketul daging

on Tuesday, November 18, 2008

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".

Bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

on Monday, November 10, 2008

[Surah Al-Imran ayat 200]
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Kami telah beriman

[Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Janganlah kamu bersikap lemah

[Surah Al-Imran ayat 139]
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Sabar dan Solat adalah penolong kita

[Surah Al-Baqarah ayat 45]
Jadi, sabar dan shalat adalah penolong kita. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

Allah telah membeli dari orang-orang mu'min

[Surah At-Taubah ayat 111]
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

Cukuplah Allah bagiku

[Surah At-Taubah ayat 129]
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

Jangan berputus asa dari rahmat Allah

[Surah Yusuf Ayat 87]
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Allah tidak membebani seseorang melainkan...

[Al-Baqarah ayat 286]
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu...

(Surah Al baqarah Ayat 216)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Siksaan yang paling ringan

on Sunday, November 9, 2008

“Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (Bukhari dan Muslim)

Sedikit ketawa dan banyak menangis

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
(Bukhari dan Muslim)

Words of Wisdom 001

Dunia ini umpama lautan yg luas.
Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..
andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

src : iluvislam

Menangislah...

Nasihat Imam Al Ghazali :

Jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah...
Justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu...

Doa Pelindung Diri

on Wednesday, November 5, 2008


Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)

Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu."

Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kala jengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

Doa dibaca selepas solat subuh dan asar sebanyak 3 kali.

src : fwd email

Hendaklah kamu berkata dengan kata-kata yang baik

on Tuesday, November 4, 2008

(Surah al-Baqarah Ayat 83)
'Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati.'

Allahumma ameen..

on Monday, November 3, 2008

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya

src : http://ahmadzubair.wordpress.com/

La Tahzan

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

Kehidupan di dunia untuk orang-orang terpedaya

(Surah Al-Hadid Ayat 20-21)

Ertinya: Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Alla SWT tidak memandang rupa, bangsa dan harta benda kamu

on Monday, September 1, 2008

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)